Dahulunya,
masyarakat berhubung antara satu sama lain melalui cara tradisional untuk
berinteraksi dan berkenal-kenalan. Dimana, mereka akan bersua secara berhadapan
antara satu sama bagi bertanya khabar atau berbual-bual. Situasi begini
menunjukkan bahawa mereka akan lebih mengenali seseorang itu dan mengetahui
latar belakangnya dengan lebih terperinci.
Selain
itu, penyebaran berita pula melalui surat khabar, television dan juga radio.
Hanya itu sahaja, alat komunikasi yang digunakan untuk masyarakat dahulu bagi
memperoleh berita-berita terkini pada waktu itu. Namun kini, perkembangan dunia
yang semakin maju telah mengubah teknologi berkembang dan mengikut arus
pemodenan.

Youtube
pula menjadi tempat bagi sesetengah masyarakat untuk menyiarkan pelbagai jenis
video bagi tontonan masyarakat yang lain. Namun, terdapat juga pelbagai
implikasi jika sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini. Seperti
contoh video kemalangan kereta dan pergaduhan yang telah dirakam oleh individu
tidak dikenali dan memuat naik video tersebut di Youtube telah mendatangkan
pelbagai reaksi dan pandangan daripada pelbagai pihak.
Jelas-jelas
menunjukkan video pergaduhan itu diantara kaum yang sama dan etnik yang sama.
Perlanggaran kereta yang sedikit sahaja telah membawa kepada pergaduhan besar
sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada salah seorang daripada mereka.
Jika dilihat daripada situasi itu, pergaduhan tercetus disebabkan oleh tindakan
salah seorang daripada mereka mengeluarkan batang kayu besbol.
Tindakannya
itu telah memakan diri sendiri kerana telah dipukul menggunakan kayu besbol
tersebut sehingga berdarah. Mungkin tindakannya mengeluarkan kayu besbol
tersebut untuk mempertahankan dirinya namun, bagi individu yang seorang lagi
itu menganggap bahawa mungkin tuan kayu besbol itu ingin memukulnya kerana
itulah dia merampas dan bertindak memukul mangsa sehingga cedera parah
dikepala.
Selain
itu juga, masyarakat akan menganggap bahawa kaum tersebut sebagai samseng,
ganas dan panas baran hanya disebabkan oleh hal yang kecil. Ini merupakan
tanggapan yang seharusnya tidak boleh dicetuskan. Kerana, pergaduhan itu
mungkin boleh disalahtafsirkan oleh segelintir pihak.
Sebagai
contoh, mereka akan dianggap oleh penonton sebagai masyarakat tidak
berpelajaran dan juga bodoh. Pergaduhan itu sebenarnya sia-sia dan hanya
mendatangkan keburukan kepada individu terbabit. Mereka seharusnya saling
bertolenransi antara satu sama lain dan cuba mencari jalan penyelesaian dengan
lebih aman dan bertolak ansur.
Internet
telah mengubah kehidupan masyarakat sepenuhnya. Selain timbul beberapa blog
yang tidak mendatangkan faedah, ada juga dikalangan mereka cuba untuk menjadi
wartawan-wartawan yang tidak bertauliah dengan menyebarkan berita-berita yang
tidak diketahui kesahihannya.
Oleh
disebabkan itulah, pengguna perlu bijak dalam membuat penilaian supaya mereka
tidak mempercayai sesuatu khabar itu bulat-bulat tetapi cubalah untuk menilai
dan menyiasat sepenuhnya supaya kita tidak mudah tertipu.
No comments:
Post a Comment