Sunday, December 1, 2013

Keganasan Rumahtangga

Wanita yang bergelar isteri ialah hak mutlak seorang suami untuk dikasihi, dicintai dan dilindungi sepanjang perkahwinan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Rumahtangga yang bahagia merupakan impian setiap wanita di dunia ini untuk hidup bersama-sama dengan suami yang mereka cintai. Bukan sahaja mengimpikan mahligai bahagia di dunia malah turut menginginkan kebahagiaan sehingga ke Syurga bersama-sama suami.
Hakikatnya, kadangkala impian yang diinginkan boleh berubah menjadi igauan ngeri dan tidak dapat dijangkakan oleh para isteri. Perubahan sikap oleh para suami selepas mendirikan rumahtangga dapat dilihat melalui tingkah laku mereka yang semakin hari semakin dingin dan mula berani untuk mengangkat tangan terhadap isteri tanpa ada sebab yang munasabah.
Isu keganasan rumahtangga semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Suami dengan mudahnya memukul dan menendang isteri tanpa ada sekelumit rasa kasihan terhadap isteri yang tidak bersalah. Mereka memperlakukan isteri seperti ‘punching bag’ yang boleh ditendang, diterajang, dan dipukul sesuka hati walhal ia berpunca daripada perkara remeh dan tidak terlintas oleh akal fikiran akan menjadi punca utama.
Sikap panas baran yang sudah sedia ada dalam diri si suami merupakan faktor utama kepada berlakunya keganasan dalam rumahtangga. Golongan panas baran ini mempunyai pemikiran yang tidak rasional dan ada kalanya gagal untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya ketika berdepan dengan masalah lalu melepaskan semua tekanan terhadap si isteri.


Bagi si isteri yang menjadi mangsa perlakuan ganas suami, mereka hanya mendiamkan diri tanpa melakukan apa-apa tindakan yang sewajarnya. Ini disebabkan oleh perasaan sayang yang masih ada untuk si suami walaupun mereka telah diperlakukan dengan teruk. Golongan isteri ini kebanyakannya akan terus bersabar sekiranya mereka teruk dipukul oleh suami kerana memikirkan anak-anak yang masih memerlukan ibu dan ayah.
Kebanyakan keganasan rumahtangga ini tidak dilaporkan kerana ianya merupakan masalah peribadi dan amat sulit untuk pengetahuan umum. Mangsa akan terus berdiam diri selagi mereka mampu dan hanya akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kesabaran mereka telah sampai hadnya. Ketika ini, mungkin sahaja keadaan mereka telah teruk dan sudah sampai tahap yang kritikal.
Situasi sebegini mendatangkan kemudaratan terutamanya terhadap anak-anak yang melihat perlakuan si ayah terhadap ibu mereka. Saban hari mereka dipertontonkan dengan adegan ayah memukul ibu walaupun disebabkan oleh hal yang remeh temeh akan membekaskan kesan dalam perasaan anak-anak. Mereka mungkin tertekan dengan situasi ini lalu kebarangkalian pelbagai gejala negatif lain akan turut timbul apabila mereka besar kelak.

Sebagai insan yang mempunyai akal dan fikiran, kita perlu membezakan antara positif dan negatif dalam kehidupan berumahtangga. Pembelajaran itu penting namun perlu diukur tahapnya supaya tiada kesan buruk pada masa akan datang. Rumahtangga merupakan bahtera yang perlu dipandu oleh ketua yang berkelayakan dan dapat membawa kita kearah yang lebih harmoni dan indah. Suami isteri adalah ‘role model’ bagi anak-anak dan perlu menjadi contoh terbaik untuk mereka membesar dengan sepenuh kasih sayang dan juga dapat menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara.

Wednesday, November 13, 2013

^____^




Siapa Yang Bersalah

Kematian sememangnya kejadian yang amat menyedihkan terutamanya bagi keluarga yang mengalami situasi ini. Namun begitu, kematian bukan diatas kerelaan sendiri akan mendatangkan rasa tidak puas hati bagi mereka yang terlibat dengan si mangsa atau yang mempunyai pertalian darah. Situasi ini menyebabkan keluarga yang menjadi mangsa akan menuntut bela di atas kematian yang disengajakan. Namun, adakah pernah kita terfikir kematian itu adakah benar-benar disengajakan ataupun tidak disengajakan? Kadang kala kita tidak terlintas untuk membunuh namun atas situasi tertentu kita terpaksa untuk melakukannya.
Kontroversi kes kematian GOPAL, 22, yang merupakan suspek kes rogol dan bunuh serta mencuri kereta mewah semasa tahanan polis telah menyebabkan  pelbagai spekulasi terutamanya bagi keluarga mangsa dan juga kaum India yang menganggap ianya merupakan satu pembunuhan. GOPAL meninggal selepas lima hari dalam tahanan polis di Subang Jaya.
Sebagaimana yang diketahui umum, sebelum meninggal, GOPAL merupakan suspek kepada beberapa siri rogol dan bunuh namun kesemua mangsa tidak mahu melaporkan kejadian yang berlaku kerana malu dan takut dicemuh masyarakat. Pihak polis pula mempunyai kesemua bukti yang menunjukkan GOPAL benar-benar terlibat dengan jenayah. Hakikatnya, walaupun telah meninggal GOPAL masih tetap akan digelar sebagai perogol dan telah melakukan kesalahan yang besar dengan membunuh. Hukuman yang selayaknya dijatuhi kepadanya ialah hukuman mati mandatori.
Mungkin sahaja kematian GOPAL dianggap sebagai pembunuhan dan polis yang terlibat itu dianggap pembunuh, namun perlu diingatkan bahawa GOPAL merupakan penjenayah yang merbahaya dan mungkin ramai lagi wanita yang akan menjadi mangsanya jika GOPAL tidak ditahan. Penjenayah perlu dihukum sehingga mereka benar-benar berubah dan insaf tanpa mengira jenis bangsa dan kaum. Kesalahan mungkin dilihat pada pihak polis yang telibat ketika proses tahanan itu, namun terdapat lima lagi suspek yang turut bersama-sama GOPAL dan mereka kesemuanya merupakan penjenayah yang diburu dan melakukan jenayah di sekitar bandar Kuala Lumpur. Ada diantara mereka berasal dari negara lain.
Sebagai masyarakat yang memerhati, kita mempunyai andaian dan tanggapan yang berlainan antara satu sama lain. Sekiranya kita menjadi mangsa kepada penjenayah itu, kita mungkin menginginkan penjenayah itu dihukum dengan seberat-beratnya. Tetapi sekiranya kita merupakan ahli keluarga penjenayah, kita masih tetap inginkan pembelaan kerana berharap mereka boleh berubah ke arah kebaikan satu hari nanti. Namun perubahan itu belum pasti dan mungkin susah untuk menerima perubahan sekiranya kita sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu.




Wednesday, November 6, 2013

Guys! You Should Know This Fact !

READ THIS PLEASE ! ^____^



Hargailah Cinta Yang Diberikan Oleh Allah SWT

Manusia itu dilahirkan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan ini berbeza-beza. kadangkala hati kita gembira, kadang kala kita sedih dan ada kalanya kita kecewa, marah, dan sakit hati. Hati dan perasaan juga mudah tersentuh. Melihat orang yang dalam kesusahan menbuat kita tersentuh dan sedih. Melihat orang yang dalam kebahagiaan membuatkan kita gembira dan bahagia jua.
Namun tika Allah swt tiba-tiba detikkan hati kita ini dengan perasaan cinta dan kasih kepada hambanya yang lain, itu bermakna Allah memberi peluang untuk kita merasai apa itu kasih sayang dan cinta. Jangan disoalkan kenapa adanya perasaan sebegitu tetapi hargailah ia. Perasaan cinta dan kasih itu boleh ditarik dan diberikan bila-bila masa sahaja oleh Allah swt kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 

Friday, November 1, 2013

Media & Siber


Dahulunya, perkembangan media tidak begitu menyeluruh dan masyarakat hanya bergantung sepenuhnya kepada media tradisional seperti surat khabar, radio dan television. Kemudian, muncul media baru seperti Internet yang menyaksikan beberapa perubahan dalam kalangan masyarakat dengan dunia tanpa sempadan membolehkan apa jua informasi dan maklumat diperolehi  dihujung jari anda dengan cepat dan pantas.
Pada era 1990-an, Malaysia berubah dan berhadapan dengan isu globalisasi apabila munculnya Internet yang membolehkan masyarakat berhubung antara satu sama lain dan mendapatkan pelbagai informasi yang diingini dengan hanya ‘klik’ pada ‘link’ yang telah diberikan. Diantara kemudahan yang disediakan oleh Internet ialah laman web, blog, facebook, youtube dan google.
Kebebasan media dan siber di Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara Asia yang lain. Di Malaysia, kerajaan dan undang-undang telah menetapkan beberapa akta untuk mengawal kebebasan media ini iaitu :

    1)    Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)
    2)    Akta Rahsia Rasmi (OSA)
    3)    Akta Hasutan (SA)
    4)    Akta Penyiaran
    5)    Akta Penerbitan dan Import
    6)    Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA)

Pada tahun 1998, telah termaktubnya Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu ketika negara berdepan dengan kancah politik antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun begitu, kebebasan siber ini tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Perkembangan pesat dunia siber ini membolehkan penggunanya melayari pelbagai jenis laman web untuk mendapatkan apa yang diingini oleh mereka. Ini termasuklah melayari laman-laman web lucah (pornography) yang tidak disekat dan juga membolehkan kanak-kanak dan remaja bawah umur untuk melayarinya.

Media di Malaysia kini dilihat semakin perpihak kepada siapa ‘rejim’ dan pemiliknya. Bagi kesahihan berita pula sudah semakin terhakis dan semakin lari dari ketepatan informasi dan maklumat yang sebenarnya. Keadaan sebegini dapat dilihat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung dan bagaimana media memainkan peranan bagi menarik minat serta mempengaruhi penonton dan pembaca untuk memilihkan calon dari pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang.


Peranan media sebagai medium untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling amatlah diperlukan supaya mereka menyedari situasi negara ini dan dapat mengetahui baik buruk sesuatu kejadian yang berlaku serta memperbetulkan tanggapan salah di kalangan rakyat. Oleh itu, media perlu bertindak sebagai ejen untuk menyatupadu dan menghapuskan konflik yang bertentangan dengan nilai dan sikap di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu juga bagi membentuk situasi dan keadaan masyarakat yang dapat berganding bahu untuk membangunkan negara. 

Thursday, October 31, 2013

Jangan Berhenti 2

Tika Jiwa Terus Hanyut Dalam Lalai nya Mimpi, Mendongak Dagu Mohon Dilindungi, Memberi Peluang Perbaiki Diri. 
Dalam Pengharapan Hidup Diberkati, Mensyukuri nikmat Allah swt Dengan Sepenuh Hati. 



Jangan Berhenti

menanti pada yang tidak pasti, merindui kenangan yang tiada ganti, tika diri melangkah pergi, sinar senyuman terukir tidak berbagi :)


Jom Sama-sama Kita Berzikir :)


Thursday, October 17, 2013

Implikasi Penggunaan Internet

Dahulunya, masyarakat berhubung antara satu sama lain melalui cara tradisional untuk berinteraksi dan berkenal-kenalan. Dimana, mereka akan bersua secara berhadapan antara satu sama bagi bertanya khabar atau berbual-bual. Situasi begini menunjukkan bahawa mereka akan lebih mengenali seseorang itu dan mengetahui latar belakangnya dengan lebih terperinci.
Selain itu, penyebaran berita pula melalui surat khabar, television dan juga radio. Hanya itu sahaja, alat komunikasi yang digunakan untuk masyarakat dahulu bagi memperoleh berita-berita terkini pada waktu itu. Namun kini, perkembangan dunia yang semakin maju telah mengubah teknologi berkembang dan mengikut arus pemodenan.

Perkembangan teknologi seperti Internet dan laman sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter telah mengubah situasi dan perkembangan semasa. Kini, masa dan jarak bukan penghalang untuk saling berhubungan antara satu sama lain. Begitu juga dengan Internet. Internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kini. Tanpa internet, seakan-akan waktu seharian tidak sempurna.
Youtube pula menjadi tempat bagi sesetengah masyarakat untuk menyiarkan pelbagai jenis video bagi tontonan masyarakat yang lain. Namun, terdapat juga pelbagai implikasi jika sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini. Seperti contoh video kemalangan kereta dan pergaduhan yang telah dirakam oleh individu tidak dikenali dan memuat naik video tersebut di Youtube telah mendatangkan pelbagai reaksi dan pandangan daripada pelbagai pihak.
Jelas-jelas menunjukkan video pergaduhan itu diantara kaum yang sama dan etnik yang sama. Perlanggaran kereta yang sedikit sahaja telah membawa kepada pergaduhan besar sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada salah seorang daripada mereka. Jika dilihat daripada situasi itu, pergaduhan tercetus disebabkan oleh tindakan salah seorang daripada mereka mengeluarkan batang kayu besbol.
Tindakannya itu telah memakan diri sendiri kerana telah dipukul menggunakan kayu besbol tersebut sehingga berdarah. Mungkin tindakannya mengeluarkan kayu besbol tersebut untuk mempertahankan dirinya namun, bagi individu yang seorang lagi itu menganggap bahawa mungkin tuan kayu besbol itu ingin memukulnya kerana itulah dia merampas dan bertindak memukul mangsa sehingga cedera parah dikepala.



Pergaduhan itu juga telah menyebabkan kesesakan lalulintas di tempat itu sehingga beberapa kilometer. Situasi ini telah menyulitkan pergerakan kenderaan di jalan itu. Walaupun begitu, tidak seorang pun daripada mereka yang lalu, turun bagi meleraikan pergaduhan atau.
Selain itu juga, masyarakat akan menganggap bahawa kaum tersebut sebagai samseng, ganas dan panas baran hanya disebabkan oleh hal yang kecil. Ini merupakan tanggapan yang seharusnya tidak boleh dicetuskan. Kerana, pergaduhan itu mungkin boleh disalahtafsirkan oleh segelintir pihak.
Sebagai contoh, mereka akan dianggap oleh penonton sebagai masyarakat tidak berpelajaran dan juga bodoh. Pergaduhan itu sebenarnya sia-sia dan hanya mendatangkan keburukan kepada individu terbabit. Mereka seharusnya saling bertolenransi antara satu sama lain dan cuba mencari jalan penyelesaian dengan lebih aman dan bertolak ansur.
Internet telah mengubah kehidupan masyarakat sepenuhnya. Selain timbul beberapa blog yang tidak mendatangkan faedah, ada juga dikalangan mereka cuba untuk menjadi wartawan-wartawan yang tidak bertauliah dengan menyebarkan berita-berita yang tidak diketahui kesahihannya.
Oleh disebabkan itulah, pengguna perlu bijak dalam membuat penilaian supaya mereka tidak mempercayai sesuatu khabar itu bulat-bulat tetapi cubalah untuk menilai dan menyiasat sepenuhnya supaya kita tidak mudah tertipu.



THE DANGEROUS STANCE OF INTERNET MATERIALS

            Nowadays people around the world are using Internet to connected with others people in this world. In business, they use Internet to do some work and connect with their customer and client. Internet is easily to use and people can use Internet through their smartphone such as I phone  Blackberry, Sony Ericsson  Android and the others smartphone. There are many advantages by using Internet in their daily days. For college’s student, they can found many thing through Internet to finish up their assignment. This kind of things can make their works became more faster and creatively.


       

           But, people always forgetful. They are actually so close to social problem by materials that provided in Internet. This is because, Internet are provided so many information and easily to found it. The average age that uses Internet not only 18 years above but also kid and children in primary school. They will used Internet to play games and waste their time also abounded their homework.  Internet will make them became passive because they are not get involved with the social surrounding. This situation actually make them hard to found friends.


         
               For the people that use social networking such as Facebook, Twitter, Blog and others to posting photos, tweeting, instant messaging, posting their location are enjoy this online socializing, but most people do not think or realize that what are they do can be very easily revealed to those who could use the same information to steal identities, steal information and commit fraud. They must be aware thus this things. Internet can make people life more easy and fast, but must be aware and careful every time  Do not trust new people easily before investigated them first. Check their background and report to the police if have things that suspicious.


Monday, October 14, 2013

LAU KANA BAINANA





Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....
يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ


Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب


Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.
بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب


Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam
فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.
يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك

Tuesday, October 1, 2013

Monday Couple Jjang!!

Kang Gary & Song Jihyo 

Pada korang semua yang tgk Runningman nie pasti tau dan kenal sangat dengan pasangan Monday Couple yang sweet nie kan. Leza pom suka sangat tengok gelangat dorang dalm RM nie. Kdg2 tgk RM ni sbb nk tgk Gary je. hahaha. Suka dia sbb dia sweet and cool. kdg2 terpikir lah nak ade boyfriend macam si Gary nie. alahaiiiii...kalau lah dapat kn. mesti romantik habis uollssss <3