Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Wednesday, November 13, 2013
Siapa Yang Bersalah
Kematian
sememangnya kejadian yang amat menyedihkan terutamanya bagi keluarga yang
mengalami situasi ini. Namun begitu, kematian bukan diatas kerelaan sendiri
akan mendatangkan rasa tidak puas hati bagi mereka yang terlibat dengan si
mangsa atau yang mempunyai pertalian darah. Situasi ini menyebabkan keluarga
yang menjadi mangsa akan menuntut bela di atas kematian yang disengajakan. Namun,
adakah pernah kita terfikir kematian itu adakah benar-benar disengajakan
ataupun tidak disengajakan? Kadang kala kita tidak terlintas untuk membunuh
namun atas situasi tertentu kita terpaksa untuk melakukannya.
Kontroversi
kes kematian GOPAL, 22, yang merupakan suspek kes rogol dan bunuh serta mencuri
kereta mewah semasa tahanan polis telah menyebabkan pelbagai spekulasi terutamanya bagi keluarga
mangsa dan juga kaum India yang menganggap ianya merupakan satu pembunuhan.
GOPAL meninggal selepas lima hari dalam tahanan polis di Subang Jaya.
Sebagaimana
yang diketahui umum, sebelum meninggal, GOPAL merupakan suspek kepada beberapa
siri rogol dan bunuh namun kesemua mangsa tidak mahu melaporkan kejadian yang
berlaku kerana malu dan takut dicemuh masyarakat. Pihak polis pula mempunyai
kesemua bukti yang menunjukkan GOPAL benar-benar terlibat dengan jenayah.
Hakikatnya, walaupun telah meninggal GOPAL masih tetap akan digelar sebagai
perogol dan telah melakukan kesalahan yang besar dengan membunuh. Hukuman yang
selayaknya dijatuhi kepadanya ialah hukuman mati mandatori.
Mungkin
sahaja kematian GOPAL dianggap sebagai pembunuhan dan polis yang terlibat itu
dianggap pembunuh, namun perlu diingatkan bahawa GOPAL merupakan penjenayah
yang merbahaya dan mungkin ramai lagi wanita yang akan menjadi mangsanya jika
GOPAL tidak ditahan. Penjenayah perlu dihukum sehingga mereka benar-benar berubah
dan insaf tanpa mengira jenis bangsa dan kaum. Kesalahan mungkin dilihat pada
pihak polis yang telibat ketika proses tahanan itu, namun terdapat lima lagi
suspek yang turut bersama-sama GOPAL dan mereka kesemuanya merupakan penjenayah
yang diburu dan melakukan jenayah di sekitar bandar Kuala Lumpur. Ada diantara
mereka berasal dari negara lain.
Sebagai
masyarakat yang memerhati, kita mempunyai andaian dan tanggapan yang berlainan
antara satu sama lain. Sekiranya kita menjadi mangsa kepada penjenayah itu,
kita mungkin menginginkan penjenayah itu dihukum dengan seberat-beratnya.
Tetapi sekiranya kita merupakan ahli keluarga penjenayah, kita masih tetap
inginkan pembelaan kerana berharap mereka boleh berubah ke arah kebaikan satu
hari nanti. Namun perubahan itu belum pasti dan mungkin susah untuk menerima
perubahan sekiranya kita sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu.
Wednesday, November 6, 2013
Hargailah Cinta Yang Diberikan Oleh Allah SWT
Manusia itu dilahirkan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan ini berbeza-beza. kadangkala hati kita gembira, kadang kala kita sedih dan ada kalanya kita kecewa, marah, dan sakit hati. Hati dan perasaan juga mudah tersentuh. Melihat orang yang dalam kesusahan menbuat kita tersentuh dan sedih. Melihat orang yang dalam kebahagiaan membuatkan kita gembira dan bahagia jua.
Namun tika Allah swt tiba-tiba detikkan hati kita ini dengan perasaan cinta dan kasih kepada hambanya yang lain, itu bermakna Allah memberi peluang untuk kita merasai apa itu kasih sayang dan cinta. Jangan disoalkan kenapa adanya perasaan sebegitu tetapi hargailah ia. Perasaan cinta dan kasih itu boleh ditarik dan diberikan bila-bila masa sahaja oleh Allah swt kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
.jpg)
Friday, November 1, 2013
Media & Siber
.jpg)
Pada era 1990-an, Malaysia berubah dan berhadapan
dengan isu globalisasi apabila munculnya Internet yang membolehkan masyarakat
berhubung antara satu sama lain dan mendapatkan pelbagai informasi yang
diingini dengan hanya ‘klik’ pada ‘link’ yang telah diberikan. Diantara
kemudahan yang disediakan oleh Internet ialah laman web, blog, facebook,
youtube dan google.
Kebebasan media dan siber di
Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara Asia yang lain. Di Malaysia,
kerajaan dan undang-undang telah menetapkan beberapa akta untuk mengawal
kebebasan media ini iaitu :
1)
Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)
2) Akta Rahsia Rasmi (OSA)
3)
Akta Hasutan (SA)
4)
Akta Penyiaran
5)
Akta Penerbitan dan Import
6)
Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA)
Pada tahun 1998, telah
termaktubnya Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu ketika negara berdepan dengan
kancah politik antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun begitu, kebebasan siber ini tidak dapat dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan. Perkembangan pesat dunia siber ini membolehkan
penggunanya melayari pelbagai jenis laman web untuk mendapatkan apa yang
diingini oleh mereka. Ini termasuklah melayari laman-laman web lucah
(pornography) yang tidak disekat dan juga membolehkan kanak-kanak dan remaja
bawah umur untuk melayarinya.
Media di Malaysia kini
dilihat semakin perpihak kepada siapa ‘rejim’ dan pemiliknya. Bagi kesahihan
berita pula sudah semakin terhakis dan semakin lari dari ketepatan informasi
dan maklumat yang sebenarnya. Keadaan sebegini dapat dilihat ketika Pilihan
Raya Umum (PRU) berlangsung dan bagaimana media memainkan peranan bagi menarik
minat serta mempengaruhi penonton dan pembaca untuk memilihkan calon dari
pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang.
.jpg)
Subscribe to:
Posts (Atom)